KL akan jadi bandar raya sifar miskin tegar – Ismail

KL akan jadi bandar raya sifar miskin tegar – Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Pakej Kesejahteraan Keluarga Malaysia Kuala Lumpur (PKKMKL) yang bakal meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penyampaian perkhidmatan pantas secara dalam talian.

Ismail berkata, pakej itu akan dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang matlamatnya antara lain menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya sifar miskin tegar.



Katanya, pakej itu juga bertujuan menjamin kehidupan sihat warga Kuala Lumpur dengan DBKL akan menyediakan laluan pejalan kaki, laluan basikal dan jaringan hijau.

“DBKL juga akan menaiktaraf gerai penjaja di pusat penjaja yang telah usang termasuk kelompok-kelompok gerai di tepi jalan yang berlesen,” katanya ketika mengumumkan pakej itu sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Bandaraya Kuala Lumpur malam ini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah.

Ismail berkata, bagi membolehkan warga kota mendapat kehidupan lebih selesa, menerusi PKKMKL DBKL akan membina 5,000 “council home” untuk disewa kepada warga kota dengan keluasan minimum 750 kaki persegi.



“DBKL juga akan membuat pembaikan lif yang melibatkan 306 buah lif di 31 lokasi Projek Perumahan Rakyat/Perumahan Awam (PPR/PA) dan akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Selain itu, bagi menjamin keselamatan warga kota, tahap keselamatan di Kuala Lumpur dipertingkatkan dengan melakukan pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dikawal oleh Kuala Lumpur Command & Control Centre.

Katanya, PKKMKL juga memberi fokus meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang pantas secara dalam talian antaranya memberikan kelulusan lesen premis perniagaan dalam tempoh 24 jam serta permohonan permit pembinaan bagi pembangunan berskala kecil dengan kelulusan boleh diperolehi dalam tempoh tiga hari.

Ismail berkata, dalam menangani isu perubahan iklim dunia, beliau menyokong penuh inisiatif Kuala Lumpur membantu kerajaan mencapai sasaran negara neutral karbon.



“Ini kerana Malaysia disasar menjadi negara neutral karbon seawal-awalnya pada tahun 2050.

“Bagi mencapai hasrat ini, Kuala Lumpur perlu maju ke hadapan seiring dengan bandar raya – bandar raya besar yang lain untuk mencapai matlamat global dalam menangani isu perubahan iklim,” katanya. FMT

KL akan jadi bandar raya sifar miskin tegar – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri



Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker