Shahrol Shiro fokus belakang tabir


Shahrol Shiro fokus belakang tabir

PELAWAK dan pelakon Shahrol Shiro menyangkal dakwaan ramai bahawa dirinya kini sudah meninggalkan dunia hiburan sepenuhnya.

Menurut pemilik nama Shahrol Azizie Azmi itu, dia kini memilih untuk mencari rezeki dengan bekerja di belakang tabir menerusi syarikat produksinya iaitu Bushido Production.

“Kalau nak kata saya tinggalkan dunia seni sepenuhnya pun, tak juga sebab saya masih lagi aktif. Bezanya, saya kini aktif di belakang tabir,” katanya menerusi laporan Harian Metro.



Malah, Shahrol juga mengakui bahawa pasaran industri hiburan kini semakin meluas sekaligus telah membuka ruang pekerjaan buat orang ramai.

“Di sini, saya menguruskan kerja-kerja belakang tabir dalam penerbitan video, pengiklanan dan juga pengurusan acara. Apa yang boleh saya kongsikan, pasaran dalam cabang seni ini begitu luas di sini.

“Saya sendiri sudah pernah mengambil ramai pelajar-pelajar yang menjalani latihan praktikal untuk bekerja di syarikat produksi saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahrol yang juga anak kelahiran Johor ini turut akui mengagumi bakat dan hasil kerja anak muda dalam bidang produksi.



“Ramai sebenarnya anak-anak muda yang berbakat besar dan mencari peluang pekerjaan di sini lebih-lebih lagi dalam bidang ini.

“Ada antara pekerja-pekerja seni di sini pulang ke kampung halaman untuk menjaga orang tua mereka dan sebagainya.

“Jadi, dengan adanya syarikat produksi ini, digabungkan dengan bakat serta pengalaman mereka dalam bidang penerbitan, mereka sertai syarikat ini,” katanya.

Sementara itu, pelakon filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang ini turut berkongsi telah menerima beberapa tawaran untuk berlakon namun terpaksa menolak kerana mahu memberi peluang kepada bakat baru.



“Ada banyak tawaran lakonan yang saya terima, tapi saya tak terfikir untuk kembali beraksi di hadapan kamera.

“Biarlah saya fokus kepada kerja-kerja belakang tabir dan beri peluang kepada orang lain yang berbakat,” katanya. Utv

Shahrol Shiro fokus belakang tabir


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]



Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker