Mahkamah benar permohonan halang akses dokumen kes Pulau Batu Puteh

Mahkamah benar permohonan halang akses dokumen kes Pulau Batu Puteh

Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan kerajaan untuk mendapatkan perintah perlindungan bagi menghalang akses orang awam kepada dokumen saman berhubung kes kedaulatan Pulau Batu Puteh.

Hakim Rozana Ali Yusoff memberi kebenaran itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan juga peguam Mohaji Selamat yang mewakili Mohd Hatta Sanuri, yang mendakwa dirinya mewakili 32 juta rakyat Malaysia.



Kerajaan meminta supaya akses orang awam kepada dokumen mahkamah itu dihalang dengan alasan ia diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Hatta memfailkan saman tahun lalu kerana mendakwa dia terkesan dengan keputusan kerajaan ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad yang menarik semula permohonan semakan terhadap penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkenaan tuntutan Pulau Batu Puteh yang juga dikenali sebagai Pedra Branca melibatkan Singapura.

Dia mendakwa semua rakyat Malaysia terkesan dengan penarikan semula permohonan semakan itu oleh kerajaan tanpa mengemukakan perkara berkenaan ke Dewan Rakyat.

Hatta juga berkata, kerajaan tidak memberi penjelasan berhubung penarikan semula itu memandangkan ada bukti baharu yang memihak kepada Malaysia.



Dia juga turut memohon deklarasi supaya kerajaan membayar ganti rugi RM10 juta kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung penarikan semula itu.

Pada 2008, ICJ memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca adalah milik Singapura, manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia dan Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada.

Pada 2017, Malaysia membuat permintaan untuk tafsiran penghakiman ICJ dalam kes terbabit.

Tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Jemaah Menteri yang dipimpin oleh Ismail Sabri Yaakob bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk semakan semula tindakan undang-undang berkenaan isu pulau berkenaan.



Pasukan petugas itu diketuai oleh bekas Peguam Negara Apandi Ali. Anggota lain dalam pasukan itu ialah peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek dan wakil daripada Wisma Putra, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan serta wakil kerajaan Johor.

Pasukan itu akan mengemukakan dapatan dan cadangan mereka kepada Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan. FMT

Mahkamah benar permohonan halang akses dokumen kes Pulau Batu Puteh


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker