Kantoi berparti semasa Covid-19, Menteri letak jawatan

HONG KONG – Seorang menteri kabinet Hong Kong meletak jawatan hari ini kerana menghadiri sebuah parti hari jadi bersama berpuluh-puluh pegawai dan wakil rakyat, beberapa hari selepas pentadbiran bandar raya berkenaan menggesa orang ramai mengelak berhimpun beramai-ramai dalam usaha memerangi wabak koronavirus.

“Saya telah menyerahkan surat peletakan saya kepada Ketua Eksekutif dan akan berundur daripada jawatan saya hari ini.

“Sebagai salah seorang pegawai kanan yang menerajui perang melawan pandemik, saya tidak memberikan contoh terbaik,” kata Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri, Caspar Tsui dalam satu kenyataan.



Peletakan jawatan Tsui memberi tamparan kepada pentadbiran pimpinan Ketua Eksekutif, Carrie Lam yang berdepan demonstrasi prodemokrasi besar-besaran dan operasi membanteras penentang yang menggemparkan Hong Kong.

Parti hari jadi pada 3 Januari lalu di sebuah restoran tapas itu adalah bagi meraikan Whitman Hung yang merupakan anggota badan penggubal undang-undang China. Ia memalukan Lam ketika pentadbirannya melaksanakan dasar sifar Covid sama seperti Beijing.

Parti itu terbongkar selepas pihak berkuasa menjejaki seorang yang dijangkiti Covid-19 di majlis tersebut.

Antara lebih 200 tetamu yang hadir termasuk lebih 12 pegawai kanan termasuk daripada polis Hong Kong,  jabatan antirasuah dan imigresen di samping 20 wakil rakyat.



Walaupun parti itu tidak melanggar undang-undang Hong Kong ketika itu, ketua jabatan kesihatan memberi amaran supaya orang ramai mengelak daripada berkumpul tiga hari sebelumnya.

Tsui, 45, merupakan ahli politik yang sedang meningkat naik daripada parti pro-Beijing terbesar di Hong Kong iaitu DAB. – AFP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]



Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker