Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) tak perlu kebenaran eksekutif untuk siasat Azam

Ahli parlimen pembangkang menegaskan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada eksekutif untuk membuat siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Chan Foong Hing (Pakatan Harapan-Kota Kinabalu), Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka), Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) dan William Leong (PH-Selayang) berkata pada 29 Dis mereka telah mendesak PSC untuk memanggil Azam.

Mereka berkata Pengerusi PSC Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) kemudian merujuk perkara itu kepada setiausaha Dewan Rakyat untuk tindakan lanjut dan untuk menetapkan mesyuarat dengan SPRM.



Bagaimanapun, ahli parlimen yang menganggotai PSC berkata mesyuarat itu masih belum ditetapkan kerana setiausaha Dewan Rakyat sedang menunggu maklum balas daripada menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mereka berkata tiada keperluan untuk jawatankuasa mendapatkan kebenaran daripada Wan Junaidi beroperasi.

“PSC, sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan oleh Dewan Rakyat, mesti berfungsi secara bebas daripada eksekutif.

“PSC tidak boleh berfungsi dengan berkesan jika mandatnya tertakluk kepada budi bicara menteri kerana mungkin terdapat percanggahan kepentingan. Ini juga akan mememberikan duluan yang buruk kepada semua PSC yang lain,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.



Mereka berkata Wan Junaidi sebelum ini memberitahu parlimen bahawa PSC tidak perlu mendapatkan kelulusan eksekutif.

Azam telah mendapat kecaman susulan pemilikan berjuta-juta saham dan waran dalam dua syarikat senaraian awam semasa memegang jawatan sebagai pengarah siasatan SPRM.

Ketua pesuruhjaya SPRM itu kemudian mendakwa adiknya telah menggunakan akaun dagangannya untuk membeli saham itu dan menafikan sebarang salah laku.

Chan, Khoo, Azis, dan Leong berkata sekretariat PSC mesti mengadakan pertemuan dengan Azam tidak lama lagi supaya mereka boleh mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi berkenaan.



Mereka berkata masa terbaik untuk menetapkan mesyuarat itu adalah pada 20 atau 21 Jan apabila parlimen bersidang untuk sidang khas membincangkan krisis banjir.

Jelas mereka, ini akan mengoptimumkan masa dan sumber.

“Selain itu, menteri harus menegaskan semula bahawa PSC boleh memutuskan agendanya sendiri dan mengelak daripada campur tangan.

“Sebagai perkara yang mendesak, kami juga akan menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat (Azhar Azizan Harun) untuk menjelaskan isu itu,” kata mereka.



Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) tak perlu kebenaran eksekutif untuk siasat Azam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker