Aliff Syukri akan keluarkan lagu baru , dakwa peminat rindu suaranya

Aliff Syukri akan keluarkan lagu baru , dakwa peminat rindu suaranya

USAHAWAN kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berhasrat untuk membuat kemunculan kembali dengan lagu terbaharu tidak lama lagi atas permintaan para peminat yang mahu mendengar nyanyiannya.

Namun begitu, Aliff berkata hasratnya agak sukar untuk dilaksanakan oleh kerana mendapat bantahan daripada isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.



“Ramai sangat mesej kata rindu dengan suara saya dan mahu saya keluar dengan lagu baharu, sejujurnya saya tak nak kecewakan mereka, jadi saya rasa perlu untuk ada satu lagi lagu.

“Nampaknya semua orang dah boleh menerima kehadiran saya sebagai penyanyi dan kata suara saya sedap, rugi jika bakat tu dibuang begitu sahaja… mungkin sebab itu mereka minta saya menyanyi lagi.

“Cuma cabaran sekarang ini saya kena pujuk isteri dahulu. Dia tak suka saya menyanyi lagi, dia memang halang! Tapi saya tak kisah la kalau dia nak marah saya menyanyi pun,” ujarnya menerusi laporan mStar.

Menurut Aliff lagi, dia tidak mahu lagi terpalit dengan sebarang kontroversi dan mahukan kehidupan yang tenang atas faktor usia yang makin meningkat.



“Saya memang nak sangat menyanyi sebab saya pun sedar suara saya sedap. Tapi dalam masa sama takut dengan kontroversi.

“Saya ni dah tua, kalau boleh nak hidup tenang-tenang sahaja tanpa sebarang isu lagi. Sebab itulah kebelakangan ini saya agak mendiamkan diri kerana tak mahu lagi ada apa-apa kontroversi. Bagilah peluang kepada orang baharu pula,” kata pelantun lagu Abang Nak Tegur.

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi perkembangan kesihatannya selepas sembuh daripada jangkitan wabak Covid-19 pada Disember lalu.

“Saya dibenarkan keluar hospital sejak Isnin lalu… walaupun ada yang kata saya buat gimik, saya nak jelaskan semula saya memang berdepan simptom teruk semasa dijangkiti Covid-19.



“Syukur Alhamdulillah keadaan saya semakin baik. Sepanjang berada di hospital itu memang saya ingat kematian dan bimbang jika umur tak panjang,” ceritanya.

Terdahulu, Aliff berkongsi khabar duka apabila disahkan positif Covid-19 tahap tiga selepas pulang dari bercuti di Turki.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, suasana menjadi lucu apabila ibu kepada usahawan tersebut, Rozita Ibrahim mendedahkan walaupun betul dijangkiti COVID-19 tahap tiga tetapi anaknya itu telah semakin sembuh dan bukannya dalam keadaan kritikal. Utv

Aliff Syukri akan keluarkan lagu baru , dakwa peminat rindu suaranya




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)



Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker