Kadang-kadang kawan pembawa ‘bala’

Kadang-kadang kawan pembawa ‘bala’

Sebut sahaja kumpulan bermotosikal semesti mereka digambarkan sebagai satu ‘keluarga besar’ yang sering tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain dalam apa jua keadaan.

Bagaimanapun, lain pula kisah yang dipaparkan dalam sebuah klip video apabila kumpulan itu digempur sepasukan polis gara-gara rakan sendiri.



Menerusi klip video berdurasi 13 saat itu, kelihatan seorang remaja seolah-olah menjadi ‘pemandu arah’ kepada pihak polis ke tempat berkumpul sekumpulan penunggang motosikal.

Remaja yang menunggang motosikal jenis Honda Ex-5 itu bagaimanapun melarikan diri sejurus dua kenderaan peronda polis tiba di lokasi tersebut.

Tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi sebenar kejadian itu dan apa nasib yang dialami kumpulan bermotosikal yang majoritinya adalah remaja.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial telah meninggalkan pelbagai komen yang antaranya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada kawan sendiri.



“Kadang-kadang kawan sendiri pembawa ‘bala’, jadi sentiasa berhati-hati jika anda berkonvoi atau berkumpul kadang-kadang malang tak berbau,” kata Roslan Rempit.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ajai 46.

“Musibat punya kawan, dahla helmet (topi keledar) tak pakai, memang sahkan polis ikut, siap bawak polis ke ‘port’ lepak. Memang sengaja cari nahas, dia pula pandai cabut larikan diri” katanya. K Online

Kadang-kadang kawan pembawa ‘bala’




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)



Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker