Farid Kamil tak dibenar rayu sabitan

Farid Kamil tak dibenar rayu sabitan

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari tidak mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk merayu sabitan dan denda berjumlah RM5,500 bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di balai polis, hampir empat tahun lalu.

Permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Rayuan mengikut Seksyen 50(2) Akta Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964 diperlukan kerana kedua-dua kes bermula dari Mahkamah Majistret.



Perkara itu ditentukan selepas panel tiga hakim diketuai Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Ahmad Nasfy Yasin dan Che Mohd Ruzima Ghazali sebulat suara menolak permohonan pelakon tersebut hari ini.

Panel berkenaan berpuas hati permohonan Farid, 40, tiada merit dan menolak persoalan undang-undang-undang yang dikemukakannya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Oleh kerana pelakon itu gagal merayu, sabitan diputuskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi kedua-dua kesalahan, kekal.

Pada masa sama, panel tersebut turut menolak permohonan pendakwaan untuk mendapatkan lanjutan masa bagi memfailkan petisyen rayuan berhubung hukuman bagi pertuduhan mengeluarkan perkataan tidak sopan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.



Permohonan lanjutan masa itu ditolak atas alasan mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan tidak menyertakan alasan yang mencukupi bagi menyokong permohonan itu.

Ini bermakna, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan silang pendakwa raya terhadap denda RM5,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan melibatkan kekerasan jenayah.

Pihak pendakwaan tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan mahukan hukuman penjara 13 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, dikekalkan.

Farid diwakili oleh peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke manakala bagi kedua-dua permohonan, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah dan Zaki Asyraf Zubir.



Pada 2 Jun 2020, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan terhadap Farid Kamil selepas didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan penjara empat bulan bagi pertuduhan mengeluarkan perkataan tidak sopan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Mahkamah turut memerintahkan pelakon itu membayar kos pendakwaan sebanyak RM5,000 atau menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar kos berkenaan.

Nor Ariffin bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara 13 bulan berjalan serentak tetapi berkuatkuasa selepas hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya bagi kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.



Mengikut pertuduhan, pelakon filem J Revolusi itu didakwa menggunakan dadah pada pukul 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya pada 11 Januari 2018.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor menggantikan hukuman penjara 13 bulan dengan denda RM5,000 bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah.

Hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Farid Kamil disabitkan melakukan kedua-dua kesalahan itu terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di Kaunter Pertanyaan, Balai Polis Trafik Kota Damansara pada jam 1.20 petang, 11 Januari 2018. FMT



Farid Kamil tak dibenar rayu sabitan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)



LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker