Selepas ‘menjampi banjir’ Raja Bomoh, Puteri Zaleha disiasat JAIP

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim Mat Zin yang dikenali sebagai Raja Bomoh berkaitan upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam di Dataran JPS, Teluk Intan.

Upacara itu tular di media sosial hari ini menerusi video berdurasi 25 minit yang memperlihatkan Ibrahim melakukan upacara dipercayai menolak musibah banjir bersama seorang wanita dikenali ‘Puteri Zaleha’.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, perbuatan dua individu tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mencela dan menghina agama Islam.



“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan perbuatan itu dan menjauhi amalan khurafat yang sememangnya bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menerusi rakaman tersebut, Ibrahim mendakwa upacara berkenaan adalah petua zaman dahulu dan meminta semua tempat surut air (tidak banjir) bukan saja di Teluk Intan tetapi seluruh Malaysia, seluruh kepulauan Melayu dan seluruh dunia.

Puteri Zaleha pula mendakwa tilikannya menunjukkan Teluk Intan akan ditenggelami banjir dan apa yang dilakukan itu bagi mengelak musibah bencana itu.

Dalam rakaman itu, Ibrahim dan Puteri Zaleha turut berdoa kepada Allah SWT di mana kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan al-Quran. Turut kelihatan bahan seperti beras, kunyit, bunga dan pelbagai jenis daun.



Selepas ‘menjampi banjir’ Raja Bomoh, Puteri Zaleha disiasat JAIP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Raja bomoh muncul kembali, kali ini buat upacara tolak banjir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker