Wanita dalang utama samun premis perniagaan ditahan

Wanita dalang utama samun premis perniagaan ditahan

Perancangan licik seorang wanita mengajak tiga rakan lelakinya melakukan samun di tempat dia pernah berkerja selama tiga bulan mengundang padah apabila ditahan polis dalam serbuan berasingan semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kumpulan itu menyamun premis perniagaan di Damansara Damai, di sini, pada 10 malam Khamis lalu.



Menurutnya, ketika kejadian, pembantu kedai warga Indonesia yang berada di premis berkenaan didatangi tiga lelaki dan memasuki bilik mangsa dengan mengacukan sebilah pisau.

Katanya, mereka memaksa wanita itu menyerahkan wang yang dimiliki menyebabkan kerugian RM19,000 dan telefon bimbit.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan seorang wanita dan tiga lelaki berusia 19 hingga 30 tahun di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, kira-kira 1.30 pagi semalam.

“Mereka ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun di premis perniagaan yang mana hasil soal siasat yang dijalankan suspek wanita bertindak sebagai perancang,” katanya



Mohamad Fakhrudin berkata, wanita terbabit juga pernah bekerja di premis itu selama tiga bulan pada 2019 mengajak rakan suspek yang lain bagi menjalankan kegiatan jenayah samun di premis itu.

“Semakan rekod lampau mendapati seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.

“Polis merampas beberapa barang yang disyaki digunakan semasa melakukan kegiatan jenayah samun dan wang tunai RM7,000,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. HM



Wanita dalang utama samun premis perniagaan ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain



Janggut suami Heliza jadi tumpuan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker