Bank Rakyat, PUNB dan SME Bank beri moratorium 6 bulan



Bank Rakyat, PUNB dan SME Bank beri moratorium 6 bulan

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) melalui agensi di bawahnya bersetuju memberikan moratorium enam bulan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan akibat bencana banjir.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, berikutan bencana banjir yang melanda negara mengakibatkan banyak perniagaan usahawan terkesan dan memerlukan tempoh masa tertentu untuk kembali beroperasi seperti biasa.

Katanya, oleh itu, Bank Rakyat memberi penangguhan kepada peminjam yang terkesan dengan banjir selama enam bulan.

“Penangguhan ini membabitkan mereka yang meminjam dengan Bank Rakyat melalui Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i dan penangguhan bayaran keuntungan bagi Pajak Gadai-i.




“Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pula akan memberi moratorium kepada usahawan yang terkesan dengan banjir selama enam bulan, bergantung kepada sejauh mana kesan banjir dihadapi oleh usahawan.

“Selain itu, SME Bank turut memberi pengecualian sewaan selama dua bulan kepada mana-mana penyewa di kompleks perniagaan usahawan SME Bank yang terjejas akibat bencana banjir.

“SME Bank juga menawarkan penjadualan semula kepada semua usahawan terkesan dengan banjir dan menawarkan Dana Pemulihan Bencana dengan jumlah pembiayaan sehingga RM500,000 dengan moratorium enam bulan.

“SME Corp pula menawarkan tiga pakej pembiayaan iaitu SME Revitalisation Financing (SMERF), Soft Loan Scheme For Small and Medium Enterprise (SLSME) dan SME Emergency Fund (SMEEF) untuk semua PKS terjejas banjir dalam semua sektor ekonomi dan layak untuk membeli peralatan, baik pulih premis perniagaan dan dana modal permulaan perniagaan.

“Pakej ini diberi moratorium pembayaran balik sehingga enam bulan. dan untuk peserta tiga program sedia ada ini juga akan diberikan moratorium enam bulan sehingga Jun 2022,” katanya. HM




Bank Rakyat, PUNB dan SME Bank beri moratorium 6 bulan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan



Leave a Reply

Your email address will not be published.