Masalah ‘Banjir Termenung’ Sebabkan Lebih 30 Penduduk Buntu

Masalah ‘Banjir Termenung’ Sebabkan Lebih 30 Penduduk Buntu

TUMPAT: Setiap kali hujan, tiada apa yang membimbangkan buat lebih 30 keluarga di Kampung Pohon Tanjung, Wakaf Bharu apabila mereka terpaksa meredah air sehingga paras lutut untuk masuk ke rumah akibat air yang bertakung di laluan utama di kawasan berkenaan.

Banjir termenung berkenaan dipercayai berlaku susulan daripada masalah perparitan di kawasan penempatan mereka sehingga menyebabkan air yang bertakung mengambil masa lebih dua minggu untuk surut sepenuhnya.

Seorang penduduk, Mohd Sapawi Shaari, 46, memberitahu, setiap kali hujan, mereka sudah dapat membayangkan apa yang akan berlaku memandangkan jalan utama menghubungkan laluan ke luar akan dibanjiri air.

Katanya, bukan sahaja musim tengkujuh, malah ketika hujan biasa juga boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan berkenaan sekali gus menyusahkan orang ramai untuk melakukan urusan harian.
“Memang susah, air boleh capai setinggi lutut. Kereta memang tidak boleh lalu, motosikal pun nasiblah kalau lepas. Ini yang kami terpaksa lalui dan tempuhi setiap kali hujan,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.
Seorang lagi penduduk, Wan Siti Natrah Wan Ibrahim, 42, turut berkongsi masalah sama apabila dia terpaksa menggunakan laluan alternatif lain untuk keluar menghantar anak ke sekolah memandangkan laluan di depan rumahnya tidak boleh digunakan.
Katanya, walaupun terpaksa menggunakan jalan alternatif, namun laluan itu juga turut digenangi air biarpun paras airnya lebih rendah daripada laluan utama.
“Jadi kami terpaksa memakir kenderaan di luar, jika tidak susah untuk di bawa keluar nanti. Lagipun air yang bertakung agak tinggi boleh merosakkan kenderaan kami,” katanya.
Sementara itu, Rokiah Daud, 53 memberitahu, aduan berhubung perkara tersebut telah dimaklumkan beberapa kali kepada pihak berwajib untuk membantu mereka, namun masih tiada jalan penyelesaian dilakukan.
Justeru, dia berharap agar masalah berkenaan dapat diselesaikan sebaik mungkin memandangkan ia bukan baharu berlaku sehari dua, malah sejak lebih 15 tahun lalu.
“Ini bukan cerita baharu tetapi sudah lama kami terpaksa berdepan dengan masalah ini. Malah kami pun sudah buntu bagaimana lagi caranya untuk kami majukan kepada pihak berkuasa sedangkan semuanya sudah dilakukan,” ujarnya.
Perkara yang sama turut diakui suami Rokiah, Mat Husin Senik, 56 yang memberitahu, seribu satu kesulitan timbul apabila mereka tidak dapat keluar rumah sebagaimana biasa.
Katanya, lebih memudaratkan lagi apabila ada dalam kalangan mereka yang sakit dan memerlukan kenderaan untuk dibawa ke hospital dan sebagainya.
“Contohnya kalau orang sakit, macam mana kereta nak bawa sedangkan kereta pun tidak boleh masuk rapat sampai ke depan rumah. Kalau kita beli barang pun sama juga, kena bawa dari luar, berjalan jauh lebih 100 meter sebelum sampai ke rumah,” jelasnya.-SH
Masalah ‘Banjir Termenung’ Sebabkan Lebih 30 Penduduk Buntu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker