Tentera tunjuk gambar berada di kawasan banjir bagi balas dakwaan Harith

Sebaran :

Tentera tunjuk gambar berada di kawasan banjir bagi balas dakwaan Harith

BARU-BARU ini Harith Iskander mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan kredibiliti anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mangsa banjir.

Dalam kenyataan tersebut, dia turut berkata, tidak melihat anggota ATM sepanjang empat hari dia di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai dan dapat dilihat ATM juga meninggalkan maklum balas dengan memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan pihak ATM berada di kawasan banjir.



ATM turut berkata, mereka telah melaksanakan tugas sekundernya dalam memastikan tugas dan peranan utama digalas dalam memastikan kedaulatan negara kekal terpelihara.

Sementara itu, Tentera Darat Malaysia dilihat turut membalas kenyataan tersebut di ruangan komen.

“Tentera Darat Malaysia tidak terkecuali dalam berganding bahu bersama-sama dengan pelbagai agensi bagi membantu mangsa banjir.

“Antaranya ialah Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).



“Turut terlibat, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dalam pengurusan bencana banjir di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Wisma Sri Pahang,” tulisnya diruangan komen.

Tambahnya, wakil Pegawai Perhubungan Briged Keempat Infantri Malaysia (4 Bgd) sentiasa bekerjasama dan bersedia pada sebilang masa dalam memberi bantuan yang diperlukan oleh PKOB dalam misi kemanusian membantu mangsa bencana banjir yang terjejas.

Sementara itu, orang ramai turut tidak bersetuju dengan kenyataan Harith dan terdapat juga meminta perkara itu diberi perhatian untuk tindakan selanjutnya.

“Kementerian Pertahanan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, minta diberi perhatian untuk tindakan selanjutnya terhadap status ini selepas keadaan bencana Kembali pulih. Ada terselit kenyataan berbaur fitnah,” kata salah seorang pengguna Facebook, Muhammad Nazeri



“Saya tidak tahu apa niat membuat kenyataan seperti ini, seseorang individu yang mempunyai ramai pengikut harus melakukan usaha wajar sebelum memuat naik sesuatu yang boleh mengelirukan,” kata Mohammad Arif. SM

Tentera tunjuk gambar berada di kawasan banjir bagi balas dakwaan Harith


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.