Pele Dibenar Keluar Hospital Jalani Rawatan Di Rumah Bagi Menyambut Krismas Bersama Keluarga

Pele Dibenar Keluar Hospital Jalani Rawatan Di Rumah Bagi Menyambut Krismas Bersama Keluarga
SAO PAULO: Lagenda bola sepak Brazil, Pele dibenarkan keluar dari Hospital Albert Einstein, Sao Paulo pada Khamis dan akan menyambut Krismas bersama keluarganya.
Pele, 81, menerima rawatan susulan di hospital berkenaan selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tumor pada ususnya.

“Pesakit didapati stabil dan akan meneruskan rawatan susulan penemuan tumor pada ususnya September lalu,” kata hospital berkenaan dalam satu kenyataan semalam.

Pele turut memuat naik sekeping foto pada akaun media sosial Instagram miliknya menunjukkan beliau tersenyum.

“Seperti yang saya janjikan, saya akan menyambut Krismas bersama keluarga.

“Saya akan pulang ke rumah. Terima kasih semua,” katanya.

Disifatkan sebagai antara pemain bola sepak terbaik dunia, juara Piala Dunia tiga kali ini telah menghadapi beberapa masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu.-ESPN

Pele Dibenar Keluar Hospital Jalani Rawatan Di Rumah Bagi Menyambut Krismas Bersama Keluarga

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker