Zuraida sumbang misi PBM?

Zuraida sumbang misi PBM?

SHAH ALAM: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Zuraida Kamaruddin dilaporkan menyokong sukarelawan dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) membantu kerja-kerja pembersihan rumah mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (Bersatu) dikatakan menyumbang kepada Misi Bantuan Pasca Banjir PBM selama dua hari di enam kawasan.



Ketua Koordinator Gerakan Sukarelawan Saya Cinta Kami Kamu Bangsa Malaysia, Muhamad Shazlee Muhamad Nazlee berkata, beliau melihat Ahli Parlimen Ampang komited untuk dalam misi bantuan daripada PBM.

“Terima kasih kepada Ahli Parlimen Ampang atas sumbangan kepada misi ini dan beliau juga ingin melihat kami membantu mangsa banjir dan sentiasa komited untuk menyokong usaha kami,” katanya selepas Pelancaran Misi Bantuan Pasca Banjir PBM di Dataran Shah Alam, di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, seramai 400 sukarelawan terlibat dalam program kerja amal tersebut yang terdiri daripada orang perseorangan, mahasiswa universiti, aktivis-aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

“Kesemua sukarelawan akan ke Klang, Kapar dan Kota Raja untuk melakukan kerja pembersihan hari ini. Esok kita akan ke Puchong, Hulu Langat dan Shah Alam,” ujarnya.



Muhammad Shazlee menambah, pihaknya turut membawa 40 tong roro untuk program selama dua hari bagi memastikan sampah pukal seperti perabot terus dibuang.

Terdahulu wujud desas-desus, bekas pemimpin dari PKR itu bakal meninggalkan Bersatu untuk menyertai PBM dan menyokong Perikatan Nasional (PN) walau bagaimanapun, tiada kesahihan terhadap maklumat tersebut. – UTUSAN

Zuraida sumbang misi PBM?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker