Penubuhan Parti Bangsa Malaysia Tidak Jejaskan Keberadaan PKR – Anwar Ibrahim

Penubuhan Parti Bangsa Malaysia Tidak Jejaskan Keberadaan PKR – Anwar Ibrahim

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, penubuhan sebuah lagi parti politik baharu yang dikenali sebagai Parti Bangsa Malaysia tidak sesekali menggugat keberadaan parti pimpinannya.

Ini kerana, kata Anwar, kesemua ahli parti baharu itu sebelum ini telah mengkhianati PKR selain perjuangan mereka hanyalah berpaksikan pada kedudukan serta wang semata-mata.



“Dia (ahli parti baharu) sudah lama keluar (dari PKR)… khianat (itu berlaku) lama dah, sejak bila kita kata orang khianat akan menjejaskan Keadilan, (sepatutnya) tanya dia lompat sebab apa? (Jawapannya sudah tentunya) sebab wang, sebab kedudukan, semua orang tahu itu, (mereka ini) terhakis daya tahannya,” tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pemantapan Pilihanraya PKR Kedah di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka di sini, pada Khamis.

Mengulas mengenai cadangan untuk Pakatan Harapan (PH) menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15), Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan di peringkat dalaman gabungan berkenaan.

“Saya kata perkara ini tidak pernah disampaikan (kepada Majlis Pimpinan PH), tidak berbangkit (dalam mana-mana mesyuarat) dan tidak dibincang, dari segi Parti Keadilan Rakyat, kita akan terus bersama PH (hadapi PRU-15),” tambah Anwar lagi.

Pada Selasa, seramai 53,109 orang daripada sayap Penggerak Komuniti Negara (PKN) di seluruh negara dilaporkan akan menyertai Parti Bangsa Malaysia.

Presiden PKN, Nor Hizwan Ahmad berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bersetuju menyertai Parti Bangsa Malaysia dengan agenda ‘The Great Reset 2030’ yang menumpukan pada enam tunjang utama.



Sebelum ini juga terdapat dakwaan beberapa bekas pemimpin kanan PKR di peringkat nasional mengasaskan Parti Bangsa Malaysia.-AA

Penubuhan Parti Bangsa Malaysia Tidak Jejaskan Keberadaan PKR – Anwar Ibrahim

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021



Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker