Bekas Presiden ABIM, Dr Siddiq Fadzil meninggal dunia

Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Siddiq Fadzil meninggal dunia kira-kira jam 6.32 petang pada usia 74 tahun.

Sebelum ini, Allahyarham dilapor dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19 dan dibantu dengan alat pernafasan.

“Ustaz Dato Dr Siddiq Fadhil (USF) telah kembali menemui Penciptanya pada jam 6:32 petang Selasa 31 Ogos 2021.

“Jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan di maklumkan kelak. Al-Fatihah,” kata pimpinan Wadah, Abim & PKPIM mewakili keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan.

Allahyarham pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada sekitar tahun 1970an, presiden ketiga Abim dan juga bekas Presiden Wadah Pencerdasan Umat (Wadah).

Bekas Presiden ABIM, Dr Siddiq Fadzil meninggal dunia


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki parah kena tetak semasa beli laksa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker