Rasuah berkait projek MRT RM650 juta, 5 termasuk ‘Datuk’ ditahan

Rasuah berkait projek MRT RM650 juta, 5 termasuk ‘Datuk’ ditahan

Dua bekas pengarah dan tiga pengarah syarikat kejuruteraan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan projek pembinaan transit aliran massa (MRT) bernilai lebih RM650 juta.

Sumber berkata, dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan termasuk seorang bergelar Datuk dipercayai menerima rasuah kira-kira RM27 juta daripada sebuah syarikat kejuruteraan lain sebagai balasan melantik syarikat itu sebagai perunding membabitkan projek berkenaan pada 2017.



Katanya, berikutan itu Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap tiga suspek termasuk seorang wanita berusia antara 43 hingga 52 tahun.

Bagaimanapun, dua lagi suspek lelaki berusia 54 dan 63 tahun yang juga bekas pengarah syarikat kejuruteraan tidak direman atas faktor kesihatan.

“Perintah reman enam hari bermula hari ini hingga 27 Mac. Namun, kedua-dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan diperintah hadir ke pejabat SPRM setiap hari bagi membantu siasatan.

“Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” kata sumber itu. FMT



Rasuah berkait projek MRT RM650 juta, 5 termasuk ‘Datuk’ ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang



Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker