OIC ucap takziah atas banjir terburuk di Malaysia

OIC ucap takziah atas banjir terburuk di Malaysia

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) merakamkan ucapan takziah kepada rakyat dan kerajaan Malaysia atas bencana banjir terburuk melanda negara ini sejak Sabtu lalu.

Setiausaha Agungnya, Hissein Brahim Taha berkata, pihaknya turut menzahirkan perasaan simpati kepada mangsa malapetaka itu yang disifatkan paling teruk dalam tempoh 50 tahun.



“Kami memohon kepada Allah agar mereka yang maut dirahmati Ilahi manakala yang terjejas akan dapat pulih semula sepenuhnya,” kata beliau menerusi akaun media sosial rasmi OIC yang turut dikongsi pihak Wisma Putra menerusi pautan akaun sosial Kementerian Luar tersebut.

Setakat petang semalam, Agensi Pengurusan Bencana Negara merekodkan lebih 64,000 mangsa banjir melibatkan tujuh negeri di Semenanjung Malaysia dengan Pahang paling ramai.

Bilangan berkenaan membabitkan sejumlah 14,930 keluarga yang terpaksa berlindung di sebanyak 389 pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran rumah mereka masih ditenggelami air.

Difahamkan, perihal musibah itu turut dimaklumkan oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah ketika menyertai sesi Mesyuarat Luar Biasa OIC di Islamabad, Pakistan pada Ahad lepas dihadiri kesemua 57 menteri luar negara anggota badan tersebut diadakan bagi membincangkan khus mengenai situasi kemanusiaan di Afghanistan ketika ini.



Mengulas lebih lanjut, Hissein yang juga diplomat dan bekas Menteri Luar Chad berkata, OIC mengambil cakna serta prihatin dengan perkembangan banjir di Malaysia lebih lima hari lalu.

“Kami berdoa ke hadrat Allah supaya Malaysia dapat diselamatkan dan rakyatnya kembali terhindar daripada kemudaratan akibat bencana alam yang amat dahsyat tersebut,” katanya. K Online

OIC ucap takziah atas banjir terburuk di Malaysia


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker