Cassia muncul dengan single sulung X Perlu (Video)
Cassia muncul dengan single sulung X Perlu (Video)
PENGARUH muzik secara berkumpulan sentiasa mendapat perhatian di serata dunia termasuk Malaysia.
Rata-rata mereka yang penyanyi berkumpulan mempunyai pengikut media sosial yang lebih tinggi terutamanya kumpulan K-Pop dari Korea.
Trend yang melanda industri muzik masa kini memberi inspirasi kepada Alternate Records & Talents dan akhirnya menghasilkan ‘girl group’ yang diberi nama Cassia dengan lagu berjudul X Perlu.
Ahli kumpulan Cassia ini dianggotai oleh empat orang wanita berpengalaman dalam bidang nyanyian dan tarian iaitu Ayana, Shadida, Meyrasam dan Sheemal.
Keempat-empat mereka merupakan rakan karib dan keserasian mereka membuatkan perjalanan rakaman lagu menjadi lebih lancar.
Pengalaman mereka sebagai koreografer dan menari di persembahan-persembahan besar mengiringi beberapa penyanyi terkenal tanah air membuatkan mereka lebih berkeyakinan tinggi.
Cassia pertaruhkan X Perlu sebagai salam perkenalan
Lagu X Perlu juga kini mendapat perhatian pendengar dan dipersembahkan dalam Anugerah Drama Sangat 2021 baru-baru ini.
Ayana merupakan koreografer yang amat disegani dan beliau pernah mengendalikan persembahan Datuk Sri Siti Nurhaliza di Asean Music Festival di Tokyo pada 2014 & 2018.
Sementara itu, Shadida juga merupakan koreografer dan sering terlibat dalam muzik video artis Malaysia sebagai penari latar.
Bagi Meyrasam pula, dia pernah membuat persembahan di hadapan Barack Obama, Prince William dan Princess Kate pada 2012 dan 2015. Manakala Sheemal pula pernah mewakili Malaysia untuk persembahan di Jepun, Korea Selatan, Bahrain, Dhak, Bangladesh dan Indonesia.
X Perlu nyanyian Cassia ini membawakan muzik yang berentak pop dance dan ditulis oleh Amir Hasan, Axel Jonas, Ezra Kairo dan Somean.
Lagu ini dicipta oleh Mingaling selaku penerbit yang sememangnya terkenal dengan penciptaan muzik berentak pop dance.
Menurut Pengurus Besar Kanan, Program Penerbitan Dalaman, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Nor Shahila Harun Shah, misi Alternate Records dan Talents adalah untuk menggilap bakat-bakat yang sedia ada di luar sana.
“Kumpulan Cassia sudah lama dalam bidang industri seni dan kami dapati mereka sangat berbakat sehingga membuatkan kami ingin menggilap dan mengetengahkan bakat mereka yang ada ke dunia hiburan secara rasmi.
“Kita boleh lihat kegigihan dan juga semangat yang ditunjukkan selain fokus mereka untuk lebih serius dalam industri ini.
“Selain itu, bakat tarian mereka menjadi taruhan untuk kumpulan Cassia ini bersaing dengan kumpulan yang sedia ada di luar sana.
“Genre muzik yang dibawakan mereka pula adalah trend kepada remaja masa kini dan kumpulan ini sering menjadi bualan hangat di Tik Tok dan platform media sosial lain. Saya yakin, dengan kehadiran Cassia ini pasti dapat memeriahkan lagi industri muzik tanah air kita,” katanya.
Muzik Video X Perlu ini sudah boleh di tonton di Youtube Alternate Records & Talents bermula pada 18 Disember dan juga boleh didengari di semua pelantar digital bermula pada 24 Disember ini. Utv
Cassia muncul dengan single sulung X Perlu (Video)
Baca Artikel Menarik :
- Henti ‘game’ salah-menyalah – Najib
- Zul rapat dan mesra dengan saya – Ruhainies
- Pembalasan Tuhan, Ebby Yus maafkan segelintir netizen
- Peguam Long Tiger U-TURN
- Wan Saiful bangang, Latiff perlu bertanggungjawab – Nazri
- Kertas A4 Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir
- Payudara aku kecil macam kau punya – Sharifah Sakinah
- Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh
- PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib
- Kediaman di Mentakab ‘lenyap’ tenggelam air banjir
- Intan Ladyana, suami dikejarkan ke hospital
Layari Laman Facebook MYKMU</a