Calon ketua menteri akan dibincang secepat mungkin, kata Bung

Ketua Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin berkata soal calon ketua menteri akan dibincangkan secepat mungkin, tidak lama selepas angka tidak rasmi menunjukkan Gabungan Rakyat Sabah mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

“BN Sabah ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan diberikan oleh rakyat Sabah,” katanya kepada pemberita di bangunan Umno Sabah malam ini.

Bung juga yakin kerajaan baharu akan dapat dibentuk atas semangat setiakawan, dan begitu dalam perbincangan mengenai hala tuju dan arah kerajaan itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan masalah tidak akan timbul “jika tidak ada mana-mana pihak menimbulkan masalah”. FMT



Sebelum ini Muhyiddin dan juga Azmin Ali mengumunkan akan melantik Hajiji sekiranya menang tetapi perkara itu disangkal oleh pemimpin BN kerana tidak pernah dibincangkan bersama.

Sorakan bergema bila Bung Moktar umum kemenangan

Keputusan PRN Sabah: Kapal Shafie Karam! GRS (BN,PN,PBS) Sah Tubuh Kerajaan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker