Geng ‘Dubuk’ terbabit 20 kes samun ragut tumpas



Geng ‘Dubuk’ terbabit 20 kes samun ragut tumpas

Klang: Kumpulan empat penjenayah yang menyasar mangsa bergerak secara sendirian terutamanya wanita sebelum melakukan samun dan ragut ditahan polis, Khamis minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tangkapan ke atas suspek susulan laporan polis oleh salah seorang mangsa lelaki berumur 55 tahun yang diragut pada 25 September lalu.

“Menurut pengadu, dia yang berjalan seorang diri di Lorong Resak, Taman Palm Grove di sini didatangi dua lelaki dari arah belakang menaiki motosikal lalu bertindak meragut beg sandang di bahu kanannya dan kemudian melarikan diri.

“Susulan maklumat diperolehi, polis berjaya menahan empat suspek lelaki tempatan di sekitar daerah Klang serta merampas empat unit telefon bimbit serta sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR yang disyaki dicuri.




“Semakan mendapati, kesemua tangkapan mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, di sini, hari ini.

Hoong Fong berkata, kumpulan dikenali sebagai Geng Dubuk Samun Ragut itu dipercayai bergiat aktif sejak Julai lalu dalam melakukan jenayah samun jalanan seperti samun serta ragut di sekitar kawasan pentadbiran IPD Klang Selatan.

“Semakan lanjut mendapati suspek juga pernah ditangkap atas kesalahan jenayah sama pada 2017 dan diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) oleh Polis Klang Selatan.

“Suspek juga diletakkan di bawah pengawasan polis di Balai Polis Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang selama dua tahun bermula 1 November 2017 hingga 31 Oktober 2019,” katanya.

Beliau berkata, pengakuan awal kesemua tangkapan terbabit dalam 20 kes samun dan ragut sekitar kawasan pentadbiran IPD Klang Selatan yang dilakukan secara berkumpulan dan individu.




“Kesemua suspek lelaki yang berumur 26 hingga 42 tahun itu direman sehingga 19 Disember depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan ke atas keempat-empat tangkapan ini bagi mengenal pasti pembabitan mereka dalam kes-kes lain serta mengesan barang kes yang berkaitan,” katanya. HM

Geng ‘Dubuk’ terbabit 20 kes samun ragut tumpas


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima



Leave a Reply

Your email address will not be published.