Long Tiger berjaya larikan diri dari lokap

Tangkak: Polis giat memburu seorang lelaki warga Myanmar yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret di sini, pagi hari ini.

Lelaki terbabit, Abd Hamim Ab Hamid berusia 33 Tahun juga dikenali sebagai ‘Long Tiger’.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, polis kini menjalankan Ops Tutup di semua jalan keluar dan masuk daerah Tangkak.

“Usaha mengesan suspek masih dijalankan polis serta khidmat anjing pengesan K9 turut digunakan selain sekatan jalan raya (SJR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, Mohd Fadhil berkata, polis menerima laporan pada 11.55 pagi hari ini memaklumkan seorang lelaki melarikan diri dari lokap dengan keadaan tangan bergari.

Dalam kejadian itu, lelaki terbabit memakai baju T cerah, berseluar panjang coklat serta memakai selipar.

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit melarikan diri melalui pintu utama mahkamah serta menghilangkan diri sekitar semak samun berhampiran walaupun usaha mengesannya sudah dilakukan.

“Abd Hamim dibawa ke mahkamah berkenaan bagi pengakuan bersalah di bawah Seksyen 388, iaitu kes ugutan terhadap seseorang dibawa dari penjara di Sungai Udang, Melaka di sini, semalam.

“Alamat terakhirnya, No 292 Jalan Rambutan, Taman Sri Jaya, Bukit Gambir, Tangkak.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, dan kami tidak akan berkompromi serta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak termasuk anggota polis jika siasatan mendapati terdapat unsur kecuaian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9781222, Hotline IPD Tangkak, 06-9785222 atau mana-mana IPD.

Long Tiger berjaya larikan diri dari lokap


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir dakwa Pejuang akan bela orang Melayu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker