Mahathir dakwa Pejuang akan bela orang Melayu

Gambar Hiasan

SHAH ALAM – Orang Melayu dan bumiputera yang tidak mahu menyokong UMNO akan menyokong Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kepimpinan Pejuang adalah bekas pemimpin UMNO termasuk beliau yang berjaya membangunkan Malaysia serta berkhidmat untuk rakyat.

Menurutnya, pemimpin Pejuang dilatih supaya memegang kuat prinsip perjuangan UMNO dahulu iaitu berkhidmat untuk bangsa, negara dan agama bukannya untuk diri sendiri.

“Sehingga kini orang Melayu hanya kenal UMNO sebagai parti Melayu. Bagi mereka tidak ada pilihan jika nak sokong parti Melayu, melainkan UMNO.

Oleh itu, ia menjadi sebab kepada penubuhan Pejuang iaitu parti Melayu atau bumiputera seperti UMNO.

“Jika orang Melayu tidak sanggup beri undi kepada UMNO kerana sudah menyeleweng dan masih tidak percaya kepada parti berbilang kaum, maka Pejuang boleh dijadikan pilihan,” kata Dr Mahathir.

Tambah beliau, bukan sahaja Pejuang parti Melayu tetapi ia mendokong semua prinsip dan perjuangan UMNO dahulu yang melawan Malayan Union yang memerdekakan Malaya dan membangun negara sehingga dikenali sebagai Asian Tiger.

“Calon-calon Pejuang terdiri daripada mereka yang tidak terlibat dengan rasuah termasuk dirinya

Mahathir dakwa Pejuang akan bela orang Melayu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zeti harus bertanggungjawab!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker