OPAL, batu permata mahal yang dikatakan miliki kuasa ajaib

OPAL, batu permata mahal yang dikatakan miliki kuasa ajaib

MENGIKUT laporan portal Blouinartinfo pada Julai 2013, seorang pereka barangan kemas ternama di Australia, Katherine Jetter, telah diamanahkan untuk mencari pembeli bagi sebutir batu Opal yang paling berharga di dunia. Sebelum memasuki pasaran, batu unik ini dikatakan telah disembunyikan sejak 14 tahun lalu oleh pemiliknya.

Digelar sebagai ‘Royal One’, batu opal berwarna hitam seberat 306 karat itu dijual dengan harga USD3 juta. Batu ini mula ditemui pada tahun 1999 di Australia oleh seorang pelombong veteran bernama Boby.


Royal One yang bernilai USD3 juta.

Sebelum itu, sebutir batu jenis sama yang digelar ‘Aurora Australis’ berjaya dijual dengan harga USD1 juta dolar pada tahun 2005. Ia pernah disenaraikan sebagai batu opal hitam jenis Lightning Ridge paling berharga di dunia dengan ukuran berat 180 karat. Berdasarkan rekod, batuan ini telah dijumpai pada tahun 1938.


Aurora Australis, batu opal hitam paling berharga.

Apa sebenarnya keistimewaan batu Opal ini?

Menurut pakar antropologi terkenal dunia, Louis Leaky, penemuan batu Opal pertama mula dijumpai seawal tahun 4,000 Sebelum Masihi. Difahamkan, lokasi penemuan batu bercahaya ini ialah di sebuah gua di negara Kenya.

Lewat tahun 1880-an, negara Australia menjadi negara pengeluar terbesar batu Opal. Pengeluaran ini turut melibatkan negara lain seperti Zambia, Ethiophia, Guatemala, Poland, Peru, Kanada, New Zealand, Indonesia, Amerika Syarikat, Brazil dan Mexico.

Difahamkan, gelaran Opal berasal daripada beberapa perkataan purba. Antaranya, ‘Upala’ dari bahasa Sanskrit bermaksud batu berharga. Manakala dalam bahasa Yunani dipanggil ‘Opallios’ bermaksud perubahan warna.

Di sesetengah tempat terdapat kepercayaan tertentu mengenai batu bercahaya ini. Kononnya, sesiapa memiliki batu ini akan memiliki satu kuasa ajaib.

Sebagai contoh, masyarakat Yunani kuno percaya batu Opal dapat memberi kekuatan penglihatan kepada pemiliknya. Manakala, dalam kepercayaan masyarakat Rom purba menganggap batu ini memberi nasib baik kepada sesiapa yang memilikinya.

Berdasarkan rekod penyelidikan geologi, batu Opal terbentuk menerusi kombinasi silika amorf bersama kandungan air. Batuan ini diklasifikasikan sebagai mineraloid. Proses pembentukan Opal terjadi pada takat suhu yang paling rendah.

Batu Opal juga memiliki struktur dalaman yang unik. Bergantung pada keadaan di mana ia terbentuk, ia boleh hadir dalam pelbagai warna. Antaranya warna jernih atau lut sinar, kelabu, merah, oren, kuning, magenta, merah jambu dan bermacam-macam lagi.

Mengikut huraian dari portal Gemstory Australia, faktor warna menyebabkan batu Opal mempunyai nilai yang tinggi. Terutama batu Opal hitam atau digelar Boulder Opal dianggap jenis paling jarang ditemui. Disebabkan ia sukar diperoleh maka harga sebutir batu ini boleh mencecah jutaan ringgit.

Tahap kecerahan dan warna menjadi faktor penting untuk menilai sebutir batu Opal. Batuan yang mempunyai banyak versi warna lebih berharga berbanding batu yang memiliki warna tunggal.

Selain warna, keadaan corak turut memainkan peranan harga batu ini. Sebagai contoh, corak luas atau besar lebih mahal berbanding corak kecil. Selain itu, ukuran saiz juga menjadi faktor penting bagi menilai kualiti batuan ini. Semakin besar ukuran batu tersebut maka lebih mahal harganya. Utv

OPAL, batu permata mahal yang dikatakan miliki kuasa ajaib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker