Muntah paus: Tiga individu minat beli

Muntah paus: Tiga individu minat beli

Chukai: Tiga individu berminat untuk membeli muntah ikan paus yang ditemui Aida Zurina Long.

Aida berkata, ketiga-tiga individu yang menghubungimya hari ini dipercayai orang tengah dan hanya ingin mengetahui bagaimana muntah ikan paus itu berjaya ditemui.



“Seorang daripada individu itu bertanya jika saya mahu menjual ‘barang’ ini dan dia sudi menjadi orang tengah untuk urusan jual beli.

“Individu itu mendakwa sebelum ini dia pernah menjual muntah ikan paus terbabit kepada seorang artis dengan jumlah bayaran sebanyak RM500, 000,” katanya.

Aida berkata, dia mahu menunggu keputusan ujian makmal untuk mengesahkan ketulenan muntah ikan paus terbabit terlebih dahulu.

“Hari ini, enam kakitangan Jabatan Perikanan Terengganu datang ke rumah menemu bual saya, termasuk mengambil sedikit muntah paus untuk tujuan analisis,” katanya.



Katanya, sampel terbabit akan dihantar ke makmal dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh dua minggu.

“Kalau ditakdirkan rezeki ada berpihak kepada saya, saya bersyukur dan anggap ia rezeki yang tidak disangka,” katanya. HM

Muntah paus: Tiga individu minat beli


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker