Ahli Parlimen Rusia kantoi berbogel ketika mesyuarat Zoom

Ahli Parlimen Rusia kantoi berbogel ketika mesyuarat Zoom

MOSCOW – Seorang ahli politik Rusia yang terlupa mematikan fungsi kamera pada komputer miliknya dilihat berbogel ketika ingin mandi semasa menghadiri mesyuarat menerusi aplikasi Zoom, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ahli Parlimen parti Yabloko, Maxim Petlin, 48, dalam kejadian tersebut cuba berundur secara senyap daripada taklimat tatatertib ahli parlimen yang dianggap membosankan.



Beliau secara tiba-tiba bangun dari meja kerja lalu berbogel untuk ke bilik mandi di kediamannya di Yekaterinburg.

Kejadian itu bagaimanapun tidak mengganggu perhatian rakan-rakan politiknya yang sedang bermesyuarat, dakwa sebuah laporan.

Malangnya, rakaman mesyuarat itu telah tersebar ke saluran berita Mash.

Ketika ditanya oleh agensi berita Ura.Ru, Petlin malah menafikan kejadian terbabit.



“Adakah saya kelihatan berbogel? Ini amat mengarut. Saya sedang bermesyuarat hari ini. Saya tidak ingat bila saya berbogel,’’ jelasnya. K Online

Ahli Parlimen Rusia kantoi berbogel ketika mesyuarat Zoom


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker