Puluhan tong sisa industri dibuang di jalan raya di Paka

DUNGUN: Puluhan tong sisa industri berjadual ditemukan berlonggok di atas jalan raya di kawasan perindustrian Paka, di sini hari ini.

Kesemua barangan itu termasuk plastik dipercayai dibuang secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab sejak beberapa hari lalu hingga kini menutup sebahagian laluan di kawasan perindustrian tersebut.

Tinjauan turut mendapati sebahagian tong yang berlabel cat itu masih mempunyai sisa-sisa isi di dalamnya.

Seorang penduduk, Ahmad Zamani Asmara, 41, mendakwa longgokan sisa industri itu bukan sahaja menimbulkan bau kurang menyenangkan, malah dibimbangi boleh menjejaskan kesihatan mereka di masa akan datang.

“Saya terkejut apabila kawan beritahu ada sisa industri yang sengaja dibuang merata dan di tempat terbuka. Jika berlarutan tanpa dikawal, tentunya boleh memberi kesan bukan sahaja kepada kesihatan penduduk malah menjejaskan alam sekitar,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, bagi Ahmad Abdullah Abdul Wahab, 37, menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut bagi mengesan dalang utama pembuangan haram tersebut.

“Tong-tong yang mempunyai label bahaya dan bahan mudah terbakar tidak sepatutnya dibuang di tempat awam. Ada lagi label yang kita sendiri pun tidak tahu apa maksudnya.

“Bayangkan kalau tong-tong itu berisi bahan kimia dan dalam keadaan musim hujan ini tentunya sisa itu lebih cepat mengalir ke sungai-sungai sekali gus memberi mudarat kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, selepas lebih dua jam berada di lokasi, beberapa pegawai Jabatan Alam Sekitar dilihat turun padang membuat pemantauan dan mengambil sampel buangan industri tersebut untuk dilakukan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti pihak yang terlibat.-UTUSAN ONLINE

 

Puluhan tong sisa industri dibuang di jalan raya di Paka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker