Wanita terima surat ugutan, mohon penama asal tampil

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila menerima sekeping surat berbaur ugutan dengan tulisan berwarna merah daripada individu tidak dikenali.

Kandungan itu seolah-olah memberi peringatan terakhir kepada seorang individu, namun bukan beliau kerana nama yang tertera adalah berbeza.

Menerusi satu hantaran di Puan Fieza di Fac

Menurut perkongsian itu, wanita tersebut berasa marah apabila alamat rumahnya digunakan secara salah sehingga mendatangkan masalah lain.

“Mohon yang penama tersebut tampil beri penjelasan. Kenapa menggunakan alamat rumah saya dalam urusan jual beli motosikal,” katanya.

Menurut Fieza, surat itu berkemungkinan dihantar kerana penama tersebut gagal membayar hutang.

Tambahnya surat ugutan itu dihantar ke alamat rumahnya menerusi perkhidmatan pos pagi tadi. – K! ONLINE

Wanita terima surat ugutan, mohon penama asal tampil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker