Helikopter bawa pegawai tertinggi tentera terhempas [VIDEO]

NEW DELHI: Sebuah helikopter yang membawa pegawai tertinggi tentera India dan ahli keluarganya terhempas di selatan India, Tamil Nadu.

Ketua Angkatan Pertahanan India, Gen Bipin Rawat dilaporkan menaiki helikopter Mi-17V5 hari ini sebelum terhempas berdekatan bandar Coonoor.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa dan ahli keluarganya selamat atau terkorban.



Laporan awal mendapati seramai 14 penumpang berada dalam pengangkutan udara tersebut.

Visual dari lokasi nahas menunjukkan kepulan asap tebal dari serpihan helikopter yang hancur.

Tentera Udara India mengarahkan siasatan segera dijalankan.

Sementara itu, Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh dijangka membawa isu tersebut ke Parlimen dan memberikan maklumat terperinci.-BBC



 



Helikopter bawa pegawai tertinggi tentera terhempas [VIDEO]


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abang polis pun kena (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker