Che Abdullah calon BN di Tumpat

#PRU15

BN calon Che Abdullah di Tumpat

Barisan Nasional (BN) Kelantan mengumumkan penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi akan bertanding wakili gabungan itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob berkata, berkata BN memberi laluan kepada Che Abdullah kerana dianggap sebagai calon boleh menang.



“Teka-teki sudah terjawab dan Che Abdullah akan bertanding atas tiket BN di Parlimen Tumpat. Kita rasa satu kelegaan apabila Che Abdullah bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

“Malah, akar umbi Umno Tumpat juga menerima baik kehadiran Che Abdullah,” katanya menurut Berita Harian.

Ahmad Jazlan berkata, pihaknya akan memberikan saingan sengit kepada Perikatan Nasional (PN) di Parlimen berkenaan.

“Kita akui menawarkan kerusi berkenaan kepada Che Abdullah dan BN memang mengadakan pertemuan dengan beliau,” katanya.



Pada Majlis Pengisytiharan Calon PN Kelantan malam tadi, penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat, Che Abdullah digugurkan daripada senarai calon PN pada PRU15.

Pengerusi PN Kelantan, Ahmad Yakob, berkata Parlimen Bachok menyaksikan PN meletakkan muka baru, Muhamad Shahir Che Sulaiman sebagai calon.

Bagi kerusi Parlimen Tumpat, PN mengumumkan exco Kelantan, Mumtaz Md Nawi sebagai calon di kerusi berkenaan. FMT

BN calon Che Abdullah di Tumpat




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker