Kerjasama UMNO-Pas, biar parti buat keputusan – Mahdzir

POKOK SENA – Penyelesaian terakhir berhubung kerjasama antara UMNO dan Pas akan ditentukan di peringkat kepimpinan tertinggi parti untuk dimuktamadkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perbincangan perlu dilakukan di peringkat tertinggi parti untuk diputuskan dan keputusan tersebut bukan bersifat individu.

“Apa pun keputusan itu akan datang daripada keputusan parti, bukan keputusan individu. Biar parti buat keputusan. Saya ingat itu yang menjadi keutamaan iaitu keputusan dari parti.



“Jadi sehingga keputusan parti berkaitan kerjasama itu dibuat, baru kita tahu. Saya fikir apa yang nak disebut nanti adalah atas keputusan parti. Jadi penyelesaian terakhir adalah di peringkat parti,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang memberikan gambaran tiada lagi sebarang kerjasama antara parti itu dan Pas menjelang PRU15.

Terdahulu Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menyampaikan 160 geran hak milik kepada peserta bagi tiga penempatan desa di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) iaitu Desa Keda Bendang Perang, Desa Keda Kampung Bukit dan Desa Keda Derang dekat sini.

Mengulas lanjut, Mahdzir secara peribadi berkata, hubungan UMNO dan Pas kini masih lagi tertakluk pada kerjasama dan kepimpinan dalam kerajaan yang digerakkan demi kesejahteraan rakyat.



“Secara peribadi (kerjasama) kalau hubungan atas nama kerajaan masih lagi ada. Saya dan kerajaan masih lagi ada. Ada kepimpinan dalam kerajaan. Soal parti, parti kena buat keputusan,” ujarnya.

Kerjasama UMNO-Pas, biar parti buat keputusan – Mahdzir

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat



Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker