Penumpang kena sidai hingga malam di lapangan terbang

Penumpang kena sidai hingga malam di lapangan terbang

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai rungutan orang ramai berkaitan perkhidmatan syarikat penerbangan yang sering menimbulkan masalah terhadap pelanggannya.

Semalam, tular mengenai penumpang Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) yang meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa berpanas di dalam pesawat selama hampir satu jam disebabkan masalah teknikal yang berlaku.

Namun, terbaharu, sebuah syarikat penerbangan lain menjadi trending di Twitter apabila ramai berkongsi situasi mereka yang bengang gara-gara jadual penerbangan ditukar secara tiba-tiba tanpa sebarang makluman awal kepada penumpang.

Seorang pengguna Twitter, Dini Zaini berkongsi pengalamannya yang terpaksa menunggu hampir enam jam di lapangan terbang disebabkan penjadualan yang ditukar.

“Penerbangan kami sepatutnya pukul 6.30 petang, dan ditunda kepada pukul 8.40 malam tanpa sebarang notis.

“Dan sampai pukul 9 malam, kami masih tidak dipanggil, memang bermasalah,” ciapnya.

Selain itu, seorang lagi penumpang, Miji juga berdepan dengan situasi yang sama sehingga terpaksa menahan lapar lebih dari enam jam ketika sedang menunggu jadual penerbangan baru diberikan.

“Penerbangan tunda lebih enam jam, tiada langsung pengumuman rasmi daripada pigak syarikat.

“Mereka langsung tak sediakan apa-apa makanan, dah la masa itu kedai tutup, sekurangnya bagi la makanan percuma untuk penumpang,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook memaklumkan penerbangannya telah ditunda sebanyak dua kali dari pagi hingga malam.

“Beli tiket penerbangan pukul 9.30 pagi, tiba-tiba tukar 6.30 petang dan hari ini (semalam) nak terbang, tukar lagi pukul 11.45 malam.

“Melampau, tak fikir orang lain punya masa, servis makin teruk, susahkan pelanggan,” ujarnya. K Online

Penumpang kena sidai hingga malam di lapangan terbang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker