Lima Maut, Bot Terbalik Langgar Ikan Paus [VIDEO]

Lima Maut, Bot Terbalik Langgar Ikan Paus [VIDEO]

LIMA individu terkorban selepas sebuah bot terbalik di perairan South Island di New Zealand pada Sabtu.

Siasatan awal mendapati, bot berkenaan terbalik selepas berlanggar dengan seekor ikan paus.

Menurut Datuk Bandar Kaikoura, Craig Mackle, bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.



“Ini merupakan satu insiden yang amat sedih terutama kepada ahli keluarga mangsa,” katanya.

Operasi menyelamat yang mengambil masa hampir tujuh jam ditamatkan apabila skuad penyelam polis menemui lima mayat dari dalam bot tersebut.

Enam individu yang diselamatkan alami kecederaan ringan.



Laporan media menyebut tekong bot itu antara yang terselamat.

Bagaimanapun, pihak polis tidak mengulas mengenai kemungkinan bot itu terlanggar seekor ikan paus kerana ia masih dalam siasatan.

Sarjan Polis Kaikoura, Matt Boyce pada satu sidang media berkata, ia peristiwa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mackle turut bingung bagaimana bot itu terbalik dalam keadaan sempurna, walaupun mengesahkan ketika ini musim ikan paus berleluasa di luar pantai Kaikoura.



Terdahulu tular di media sosial foto menunjukkan mangsa yang terselamat melambai-lambai meminta bantuan pada lambung bot sepanjang 8.5 meter yang terbalik itu.

Polis kemudian sahkan ia milik perniagaan sewa tempatan.

Kaikoura merupakan kawasan tarikan pelancong yang popular kerana hidupan liarnya yang banyak selain menawarkan pengalaman menonton ikan paus secara langsung. Mail Online

Lima Maut, Bot Terbalik Langgar Ikan Paus [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD



It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker