Trak pikap cuai, penunggang motosikal menjadi korban

Keadaan motosikal dan trak pikap Thailand selepas terlibat kemalangan di Kilometer 7 Jalan Mata Ayer – Beseri dekat Padang Besar pada semalam.

PADANG BESAR – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditungganginya melanggar sebuah trak pikap dengan nombor pendaftaran Thailand di Kilometer 7 Jalan Mata Ayer – Beseri dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, wanita berusia 22 tahun terbabit yang mengalami kecederaan patah paha kiri dan luka pada tangan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk rawatan.

Polis kemudian menerima maklumat tentang kematian mangsa daripada pihak hospital kira-kira pukul 6 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu trak pikap warga Thailand yang cuai apabila masuk ke simpang kanan dalam kedudukan rapat di kiri jalan.



“Semasa lelaki berusia 25 tahun itu membelok ke kanan, motosikal jenis Honda Vario ditunggangi mangsa dari arah belakang telah melanggar bahagian pintu kanan hadapan pikap tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang mengalami kecederaan dirawat di HTF sebelum pihak hospital memaklumkan tentang kematian wanita itu pada pukul 6 petang tadi.

“Kita bertindak menahan pemandu dan trak pikap berkenaan untuk siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker