Awat menteri Gol dan Gincu cakap macam itu – Sanusi

Awat menteri Gol dan Gincu cakap macam itu – Sanusi

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini menempelak Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang menasihatkannya supaya “diam”dan menumpukan perhatian terhadap tugas dan tanggungjawabnya berbanding “menyibuk” tentang negeri lain.

Katanya, adalah tidak wajar bagi Fahmi yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan mengeluarkan kenyataan mengarahkannya berdiam berikutan kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu akan berlangsung tidak lama lagi.



“Awat menteri gol dan gincu cakap macam itu? Takkan nak masuk pilihan raya diam-diam.

“Kalau tuduh orang ada rumah RM7 juta, rupanya tuduhan itu tak betul, boleh la tutup mulut dok diam-diam… tu pun kalau ada rasa malu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Gol dan Gincu adalah sebuah filem drama sukan Malaysia 2018 terbitan Redfilms.

Selain barisan pelakon termasuk Nur Fazura, Sharifah Amani dan Sazzy Falak, Fahmi turut berperanan menjayakan filem itu.



Semalam Fahmi pada sebuah majlis di ibu negara, menasihatkan pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu supaya tidak terlalu banyak bercakap.

Katanya, menteri besar itu sepatutnya menyibukkan diri bagi menyiapkan pelbagai projek yang diumumkan di Kedah termasuk pembangunan tambakan laut di Langkawi yang dilaksana Widad Group dan projek litar lumba Sungai Petani.

Sanusi pada Isnin lalu dilaporkan berkata tindakan MIC dan MCA untuk memboikot PRK Kuala Kubu Bharu memberi kelebihan kepada PN.

Pemimpin PAS itu juga berkata pihaknya mahu meretakkan lagi hubungan kerajaan PH-BN yang menurutnya kini telahpun sedia retak.



“Kita akan retakkan lagi untuk menjadi belah. Mereka sudah retak, kita akan pecahkan lagi. Itu kerja politik,” katanya .

Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu selepas dia mewakili kawasan berkenaan sejak 2013.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 11 Mei manakala hari penamaan calon pada 27 April.

Kuala Kubu Bharu merupakan kerusi campuran dengan pecahan pengundi Melayu terdiri daripada 51 peratus diikuti Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) manakala baki 1 peratus lagi kaum lain. Mk



Awat menteri Gol dan Gincu cakap macam itu – Sanusi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini



‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan



Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker