Banjir: Pusat pengumpulan sementara untuk al-Quran rosak

Banjir: Pusat pengumpulan sementara untuk al-Quran rosak

Banjir yang surut membolehkan mangsa banjir, di sini, dapat menumpukan kepada kerja-kerja pemulihan dan pembersihan kediaman mereka yang terjejas teruk.

Barangan yang rosak telah diasingkan bagi proses pelupusan namun bagi naskhah suci umat Islam iaitu al-Quran, ia tidak boleh sewenangnya dibuang begitu sahaja.

Bagi memelihara kesucian al-Quran, seorang penduduk di Taman Desa Raya, di sini, mengambil inisiatif menyediakan tempat pengumpulan sementara kitab suci itu di hadapan rumahnya bagi tujuan pelupusan.

Norwati Muhamad, 55, berkata, ketika ini lebih 100 naskhah al-Quran daripada penduduk taman itu sudah dikumpulkan sejak semalam.

Kesemua al-Quran yang dikumpul itu, jelasnya, akan dihantar ke surau berdekatan untuk dilupuskan dengan cara yang sewajarnya bersandarkan hukum syarak.

“Idea ini tercetus apabila kawan anak saya bertanya ke mana hendak letak al-Quran yang rosak akibat bencana banjir ini.

“Jadi saya tanya dengan suami, kita kena ambil inisiatif untuk sediakan tempat sementara untuk Al-Quran yang rosak.

“Dan dalam satu keadaan lain, surau kami pun masih tidak bersedia kerana sepatutnya al-Quran yang rosak perlu dihantar ke sana,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui, di sini, hari ini.

Norwati yang merupakan seorang guru berkata, beliau turut mengasingkan antara al-Quran, kitab-kitab, surah Yassin selain buku-buku yang mengandungi ayat al-Quran.

Ujarnya yang sudah 22 tahun tinggal di taman itu, Jabatan Agama Islam Hulu Langat sudah pun dihubunginya dan dimaklumkan perlu ditempatkan di surau berdekatan selepas keadaan pulih.

“Al-Quran adalah bacaan kita setiap hari dan memang saya rasa satu perkara yang mungkin dalam keadaan banjir kita terlepas pandang.

“Jadi saya rasa bersyukur kerana Allah SWT jentik hati saya daripada soalan kawan anak. Dari situ kita kena bertindak namun bukan hendak ambil kerja orang lain.

“Cuma kami letak sementara sahaja dan lepas ini akan berurusan dengan dengan pihak berkaitan.

“Kita sebenarnya tidak mahu al-Quran bercampur dengan sampah lain dan dibuang begitu sahaja tanpa mengikut hukum syarak,” katanya yang akan menyediakan pusat pengumpulan sementara itu selama seminggu. MG

Banjir: Pusat pengumpulan sementara untuk al-Quran rosak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker