Ali Puteh hati-hati beri bantuan, bimbang dikecam dan disalah erti

Sebaran :

Ali Puteh hati-hati beri bantuan, bimbang dikecam dan disalah erti

Pelawak Ali Puteh akan memperuntukkan sebahagian wang kemenangannya sebagai naib juara Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) baru-baru ini bagi membantu mangsa banjir.

Ali, 32, bagaimanapun mengambil pendekatan berhati-hati tidak mahu berkongsi perkara ini secara terbuka menerusi media sosialnya dengan masyarakat.

“Alhamdulillah rezeki anak-anak apabila menang tempat kedua MLM. Saya memang akan membantu mangsa-mangsa yang terbabit.



“Berkenaan Vicha dan Mamak saya tak pastilah, namun rasanya mereka ada buat cara mereka. Saya akan buat ikut cara sendiri tapi tidaklah ke lokasi banjir tapi ada cara yang lain yang lebih sesuai,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, seberapa boleh dia tidak mahu menunjukkan bentuk bantuan yang diberikan ini.

“Kalau boleh tutup, kita tutuplah benda ini. Bukan apa, memang boleh tunjuk dan tiada masalah tapi takut orang kecam dan maki saya lagi nanti.

“Apapun kita bantu apa yang boleh kita bantu. Insya-Allah lebih kurang begitulah hasrat saya. Memang saya tak berani nak cakap sangat nanti kena hentam lagi,” katanya.



Mengulas golongan sasar yang akan dibantu, Ali berkata, dia lebih melihat kepada kawasan kampung yang teruk terjejas seperti Hulu Langat, Dengkil, Ijok dan Parit Mahang.

“Macam di Shah Alam pun okey saya boleh bantu, cuma mereka di kawasan bandar dan banyak dapat tumpuan.

“Kita dapat tengok kampung-kampung yang saya sebutkan ini agak teruk di mana ada rumah yang hancur dan hilang dibawa arus banjir,” katanya.

Kumpulan Puteh yang dianggotai Ali, Mamak dan Vicha yang muncul naib juara MLM2021 memperoleh hadiah wang tunai RM250,000 dan trofi. HM



Ali Puteh hati-hati beri bantuan, bimbang dikecam dan disalah erti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.