“Nak Tunggu Print Kotak, Baru Nak Sampai Bantuan?” – Hattan

“Nak Tunggu Print Kotak Lagi, Bila Nak Sampai Bantuan?” – Datuk Hattan

Penyanyi lagu Biso Bonar, Datuk Hattan tampil memberi teguran ‘pedas’ buat mana-mana individu yang ingin memberi sumbangan kepada mangsa banjir agar lebih ikhlas apabila berbuat demikian.

Perkara tersebut diluahkan Hattan menerusi sebuah hantaran di media sosial Instagramnya untuk tatapan peminat.



Ujar Hattan lagi, pemberi bantuan tidak perlu menampal gambar pada kotak sumbangan misalnya kerana ia akan mengambil masa yang lama kepada mereka yang memerlukan.

Ini satu saya nak tegur, penghantar bantuan tak payah la nak taruk gambar kat kotak nak beritahu yang kita ni memberi bantuan.

Ikhlas hati sahajalah..nak tunggu print kotak lagi, bila nak sampainya? Dah surut pun air, jangan dah penuh barang tunggu kotak apa gunanya?
Dia walau bagaimanapun tetap mengucapkan rasa syukur kerana barang bantuan sudah selamat sampai di kawasan Langat, Labu Lanjut dan Sri Muda.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat Datuk Hattan yang merasakan pihak-pihak yang terlibat perlu peka dengan isu semasa.



Terdahulu, Hattan yang kini bergelar juri tetap program Suara Viral 2.0 sering menarik perhatian netizen dengan video-video tegurannya yang dituturkan dalam loghat Negeri Sembilan. Bn

“Nak Tunggu Print Kotak, Baru Nak Sampai Bantuan?” – Hattan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker