Yuran sekolah anak Nora Danish boleh beli tanah – Netizen
Yuran sekolah anak Nora Danish boleh beli tanah – Netizen
Kisah pelakon Nora Danish yang sebak ketika menghantar anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, ke sekolah swasta berasrama penuh, Kolej Tuanku Ja’afar (KTJ), Mantin, Negeri Sembilan pada Ahad lalu menarik perhatian seorang pengguna laman sosial apabila mendedahkan yuran persekolahan yang perlu dibayar aktres tersebut.
Menerusi hantaran seorang pengguna Facebook bernama Mufarwa Farid, lelaki itu yang juga merupakan seorang peguam, pakar motivasi dan penulis mendedahkan harga yuran persekolahan di sekolah persendirian berkelas tinggi itu menyamai harga sebidang tanah.
“Nora Danish hantar anak dia ke Kolej Tuanku Ja’afar. Isteri aku tanya di mana sekolah tersebut? Aku mula-mula ingatkan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar. Aku pun dengan yakin jawab sekolah itu terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
“Tak lama selepas itu, isteri tanya lagi, memang biasa ke budak darjah enam masuk? Sebab anak Nora Danish baru darjah enam (12 tahun). Cepat-cepat aku Google,” tulisnya dalam Facebook.
TANGKAP layar jumlah yuran KTJ yang ditularkan netizen sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, hasil carian dan semakan yang dibuat ke atas sekolah persendirian berkenaan ternyata membuatkan lelaki itu terkejut apabila mendapati yuran yang perlu dibayar untuk belajar di situ sangat mahal umpama harga sebidang tanah.
“Aku saja tengok yuran dia. Mana tahu rezeki anak-anak masuk sekolah itu. Sekali, mak oi! (terkejut). Yuran tahunan sekolah menengah boleh buat beli tanah. Yuran sekolah rendah, boleh kahwin dua kali (belanja kahwin),” ujarnya.
Difahamkan, yuran kemasukan ke sekolah rendah adalah sekitar RM3,000, manakala untuk sekolah menengah adalah RM5,000.
Bagi murid darjah satu dan darjah dua, yuran tahunan adalah bernilai RM30,360 setahun, manakala untuk darjah tiga dan darjah empat, yuran tahunannya adalah 34,320 setahun, darjah lima dan enam (RM39,690/setahun).
Manakala yuran untuk after school care (asuhan) dari pukul 3.45 petang hingga lima petang berharga RM12,000 setahun.
Bagi pelajar sekolah menengah pula, yuran tahunan untuk pelajar yang tinggal di asrama adalah sebanyak RM87,000 setahun, manakala yuran pelajar yang tidak tinggal di asrama adalah sebanyak RM59,700. Untuk pelajar tingkatan enam pula, yuran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM89,400 setahun. K Online
Yuran sekolah anak Nora Danish boleh beli tanah – Netizen
Baca Artikel Menarik :
- Anak tetak mati ibu bapa lepas sembang hal ketuhanan
- Saya sepatutnya jadi saksi pendakwaan terhadap Rizal
- Taikun hartanah saksi kes Guan Eng ditemui mati
- Mila Jirin Tidak Puas Hati KJ Belum Sedia Buka Majlis Sosial
- Dakwaan seksual babitkan Ebit Lew: Saksi, mangsa diminta tampil
- Skirt Intan Najuwa jadi bahan
- Boleh beri projek terus sebab ada yang amat sayang – Najib
- Fahmi Redza ‘ke dalam’ lagi
- Resepi sup Szechuan masam pedas gerenti best
- Pandora Papers: Zafrul rujuk peguam untuk tindakan lanjut terhadap Malaysiakini
- Parti liar atas kapal persiaran, anak Shah Rukh Khan ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU