5,000 calon menipu dalam peperiksaan pengambilan kakitangan awam

5,000 calon menipu dalam peperiksaan pengambilan kakitangan awam 

5,000 calon menipu dalam peperiksaan pengambilan kakitangan awam
Seorang suspek skandal penipuan markah peperiksaan kemasukan kakitangan awam Thai tiba di Mahkamah Jenayah Pusat, Bangkok semalam. – Bangkok Post

BANGKOK – Semua suspek utama dalam skandal penipuan peperiksaan perkhidmatan awam Thailand telah ditahan, dengan beberapa pegawai kerajaan yang didapati bersekongkol akan didakwa, manakala calon yang menipu akan dipecat, lapor akhbar Bangkok Post.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul berkata, tiga suspek utama skandal penipuan keputusan peperiksaan kemasukan perkhidmatan awam kini ditahan.

“Pasukan penyiasat sedang mengumpulkan bukti bagi melengkapkan kertas siasatan dan kebenaran berhubung kes tersebut akan didedahkan kepada umum,” kata Anutin.

Kenyataan itu dibuat susulan penahanan Penasihat Pengarah Pejabat Promosi dan Latihan Universiti Kasetsart, WinThanaphatcharaphokin, adik perempuannya, Sataporn Thanaphatcharaphokin serta bekas Pengarah Bahagian Strategi dan Belanjawan Perbandaran Wichian Buri, Pichit Thangphrom.

Anutin yang juga Menteri Dalam Negeri, menyelia Jabatan Pentadbiran Tempatan (DLA) yang menjadi pusat skandal tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pindaan Perlembagaan Negeri Melaka Diluluskan, Terus Perkukuh Tadbir Urus


Dalam perkembangan sama, Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat, Leftenan Jeneral (Polis) Nathasak Chaonasai berkata, ketiga-tiga suspek didakwa mengaturkan 11 penjawat awam untuk mengubah markah beribu-ribu calon peperiksaan di kediaman Pichit, wilayah Nonthaburi.

“Kesemua 11 pegawai ini akan berdepan tiga pertuduhan sama seperti yang dikenakan ke atas tiga suspek utama pada minggu hadapan termasuk perhimpunan haram, pemalsuan dokumen dan memasukkan maklumat palsu ke dalam sistem komputer kerajaan,” katanya.

Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Unsit Sampuntharat pula berkata, siasatan mendapati terdapat penyelewengan dalam markah peperiksaan melibatkan kira-kira 5,000 daripada 15,000 kakitangan awam baharu yang diambil bekerja tahun ini.

“Mereka berkemungkinan hilang pekerjaan. Setiap individu yang didapati terlibat dalam penipuan peperiksaan akan berdepan tindakan undang-undang,” katanya. – AGENSI

5,000 calon menipu dalam peperiksaan pengambilan kakitangan awam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Melaka Sedia Memimpin Gelombang Baharu Industri Semikonduktor – Ab Rauf

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker