Padah keluar dengan isteri orang, lelaki buta dipukul dengan batang penyapu
Padah keluar dengan isteri orang, lelaki buta dipukul dengan batang penyapu

JAKARTA – Gara-gara keluar bersama isteri orang, seorang lelaki berusia 28 tahun dari Kabupaten Grobogan, Jawa Tengah, disahkan buta selepas dipukul dengan batang penyapu oleh suami wanita berkenaan, lapor agensi berita kumparan.
Kejadian itu berlaku selepas perbuatan mangsa yang hanya dikenali sebagai M, dihidu oleh suami wanita terbabit, AS, 37, yang bertindak mengklon telefon bimbit isterinya, A, 33.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Resor Kota Besar Semarang, Deputi Riki Fahmi Mubarok berkata, kejadian itu bermula pada 28 Mac lalu selepas mangsa berkenalan dengan wanita berkenaan menerusi aplikasi TikTok.
“Mangsa kemudian mengajak wanita tersebut keluar. Bagaimanapun, disebabkan suaminya telah mengklon telefon bimbit isterinya, dia berjaya mengesan pergerakan mangsa bersama isterinya,” jelas Riki dalam satu kenyataan semalam.
Setelah mengetahui hubungan tersebut, AS yang menetap di Tembalang, Kota Semarang, meminta mangsa datang ke rumahnya untuk menyelesaikan kemelut mereka.
Mangsa kemudian dibawa ke rumah suspek di Tambirejo, Tembalang dan isu itu pada mulanya dibincangkan secara baik.
Namun, suspek yang gagal mengawal emosi akhirnya bertindak memukul mangsa menggunakan batang penyapu sehingga terkena mata mangsa.
Impak yang kuat itu menyebabkan mangsa mengalami kebutaan.
“Mangsa menjadi buta,” kata Riki.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis, manakala suspek ditangkap pada 9 Julai lalu dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Semarang. -AGENSI
Padah keluar dengan isteri orang, lelaki buta dipukul dengan batang penyapu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Zaidy Tekad Pertahan DUN Jeram Padang, Teruskan Khidmat Kepada Rakyat
- PRN NS: Onn Hafiz Yakin Calon BN Mampu Bawa Suara Rakyat, Teruskan Agenda Pembangunan
- Anak Jati Palong, Pak Mus Tekad Terus Berusaha Sehabis Baik Demi Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Melaka Sedia Memimpin Gelombang Baharu Industri Semikonduktor – Ab Rauf
You must be logged in to post a comment.