Pokok tumbang hempap kereta, 2 beranak nyaris maut

Pokok tumbang hempap kereta, 2 beranak nyaris maut

Dua beranak nyaris maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok getah berketinggian 80 kaki yang tumbang melintang di Jalan Raja Nong-Taman Sentosa, dekat Klang, pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Zakaria Zainuddin berkata, kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

“Pihak kami menerima panggilan kejadian 9.18 pagi dan tiba di lokasi empat minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, pemandu berusia 50-an bersama anak lelakinya berusia 17 tahun itu sudah keluar sendiri dari kenderaan jenis Proton Exora dinaiki mereka,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Andalas telah membersihkan jalan dan mengalihkan pokok tumbang dan operasi selesai sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Pokok tumbang hempap kereta, 2 beranak nyaris maut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker