Pecah cermin kereta bekas isteri, kecewa cerai talak 3

Pecah cermin kereta bekas isteri, kecewa cerai talak 3

MELAKA – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memecahkan cermin kereta bekas isterinya selepas kecewa lafaz talak dibuat ke atas wanita itu disahkan Mahkamah Syarie, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Haiidhir Yussof, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan khianat terhadap cermin hadapan kereta bekas isterinya, berusia 41 tahun dengan niat menyebabkan kerosakan bernilai RM480.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11.45 pagi semasa berada di kawasan letak kenderaan Mahkamah Syariah Ayer Keroh, dalam daerah Melaka Tengah pada 14 Mac lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Difahamkan tertuduh bertindak sedemikian selepas berang bekas isterinya tidak mengangkat panggilan telefon serta tidak dapat menerima keputusan Mahkamah Syarie yang mengesahkan talak dilafazkannya.



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.

Tertuduh yang diwakili peguam Ishak Mohd. Kari bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pemandu dengan gaji RM1,500 sebulan, selain perlu menanggung anak-anaknya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh 9 Mei depan sebagai sebutan semula kes. K Online

Pecah cermin kereta bekas isteri, kecewa cerai talak 3



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker