Dolla mahukan Ariana Grande, K-Clique
Dolla mahukan Ariana Grande, K-Clique
Semakin dikenali bukan hanya di Malaysia bahkan di Amerika Syarikat (AS) apabila wajah mereka terpampang di papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, kumpulan Dolla tidak meletakkan sebarang syarat spesifik andai berjaya mengatur langkah ke Hollywood suatu hari nanti.
Dianggotai empat gadis berbakat iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel, Dolla yang ditemui Kosmo! Online secara virtual bersempena pelancaran single terbaharu, Berani sebentar tadi berkata, berlaku jujur terhadap diri masing-masing yang membuatkan mereka berada pada tahap sekarang.
“Kami percaya, apa yang unik tentang Dolla adalah kejujuran terhadap diri masing-masing. Tiada apa yang perlu diubah kalau pun suatu hari nanti kami berpeluang ke Hollywood untuk mengembangkan pasaran muzik.
“Kami berada pada posisi sekarang atas sokongan dan bantuan para peminat. Kami takkan berubah hanya kerana untuk memuaskan hati pihak lain. Kami hanya akan jadi diri sendiri,” kata Sabronza mewakili tiga rakannya yang lain.
Dalam pada itu, Dolla memaklumkan, buat masa sekarang, ada dua selebriti yang mereka berhasrat untuk berkolaborasi bersama.
“Pertamanya, Ariana Grande. Sebab memang tengah ‘hot’ sekarang. Kalau dapat bikin muzik dengan dia, mimpi akan jadi kenyataan. Kedua, saya rasa ada ruang dan peluang untuk Dolla bekerjasama dengan K-Clique, boleh ‘battle’ trap! Pasti mengujakan,” kata Dolla.
Terdahulu, Selepas Yuna dan Layla Sania, kumpulan Dolla muncul artis ketiga dari Malaysia yang fotonya dipaparkan di papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, AS.
Penampilan Dolla yang mewakili Malaysia di papan iklan terkemuka itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify.
Hadir dengan karya bernuansa sedikit ‘up tempo’, Berani akan berada di semua pelantar digital seperti Spotify, KKBox, iTunes, Apple Music, Deezer, YouTube bermula esok (24 September 2021). K Online
Dolla mahukan Ariana Grande, K-Clique
Baca Artikel Menarik :
- Norhizam Baktee naik ‘sheikh’ lagi dalam Dun
- Saksi Ada, Dokumen Palsu Ada, Bila Pula Najib Buli LHDN?
- Sesuatu yang besar bakal berlaku – Firdaus Wong
- Tak boleh usik langsung, kuat back up – PU Syed
- Nenek 59 tahun kahwin jejaka 22 tahun
- Pelajar sekolah didakwa tukar-tukar gambar bogel gadis bawah umur
- Najib cabar Rayer bawa pakar cukai
- Who really is Shafie and why does he oppose that MoU?
- Resepi Kek Sunquick Gebu Serius Sedap
- Broker jam dikaitkan dengan projek terowong laut P Pinang
- Saya harap dia sentiasa bertaubat – Caprice
Layari Laman Facebook MYKMU