Sasaran wujud 500,000 peluang pekerjaan hampir dicapai – Ismail

Sasaran wujud 500,000 peluang pekerjaan hampir dicapai – Ismail

Hasrat kerajaan untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan tahun ini bakal dicapai apabila lebih 376,000 pencari kerja telah diambil bekerja melalui 27 inisiatif yang dilaksanakan setakat 10 September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kejayaan menempatkan pekerja tersebut melebihi sasaran ditetapkan untuk sembilan bulan pertama tahun ini iaitu 354,276 peluang pekerjaan sehingga 30 September 2021.



Beliau berkata, ia sekali gus menunjukkan hasrat kerajaan untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan untuk tahun ini akan berjaya dicapai.

“Selain itu, kerajaan juga berjaya mewujudkan lebih 97,000 pekerjaan baharu melalui pelaburan dalam negara dengan 76 peratus daripadanya merupakan kategori mahir dan separuh mahir.

“Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada sasaran 160,000 pekerjaan baharu yang terhasil daripada komitmen pelaburan bagi tahun 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri yang merupakan Pengerusi NEC berkata, bagi memperkasa tenaga kerja Malaysia agar lebih berdaya tahan, berkemahiran tinggi dan tersohor di peringkat antarabangsa, kerajaan akan melaksanakan Pelan Strategik Penciptaan Pekerjaan Nasional (NJCSP).



Katanya, ia akan disokong oleh lima taskforce khusus di bawah NEC.

Katanya, penciptaan pekerjaan di Malaysia juga akan dipertingkatkan melalui enam teras utama iaitu meningkatkan kerjasama antara industri dan akademik, memupuk bakat bagi memenuhi keperluan industri dan memperkasa usahawan tempatan untuk maju dalam ekonomi semasa.

Tiga lagi teras, katanya, ialah memanfaatkan ekonomi gig untuk pencarian peluang penjanaan pendapatan, memacu pertumbuhan sektor baharu dan moden serta mempercepat penerapan amalan tempat kerja moden.

“Enam teras tersebut akan menjadi panduan bagi pelaksanaan enam game changers termasuk mengaplikasikan teknologi kepintaran buatan untuk tujuan pemadanan dan perancangan kerjaya di samping meningkatkan kebolehpasaran serta kualiti graduan lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya. K Online



Sasaran wujud 500,000 peluang pekerjaan hampir dicapai – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker