Bencana Gunung Jerai akibat aktiviti khurafat dan pemujaan?
Bencana Gunung Jerai akibat aktiviti khurafat dan pemujaan?
SEMUA aktiviti pemujaan dan khurafat yang dilakukan di kawasan Gunung Jerai hanya akan mengundang bala daripada Allah kepada penduduk di kawasan berhampiran.
Perkara itu ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad yang meminta semua aktiviti bertentangan dengan ajaran Islam itu supaya dihentikan.
“Kita harapkan benda ini terhenti kerana aktiviti sedemikian akan mengundang bala daripada Allah bukan sahaja kepada pelaku tetapi juga kepada penduduk di kawasan itu.
“Saya juga yakin yang jabatan agama negeri akan terus bertindak dalam menangani perbuatan tersebut,” katanya.
Malah menurut Idris, dia juga yakin yang alim ulama di negeri itu akan membantu memainkan peranan untuk mengekang perbuatan khurafat di gunung berkenaan.
Pada 18 Ogos lalu, sebanyak enam mangsa terkorban selepas fenomena kepala air melanda Yan dan Kuala Muda hingga berlaku banjir besar.
Malah, bencana itu turut mengakibatkan sebanyak 800 buah rumah di kedua-dua daerah tersebut rosak akibat lumpur.
Ramai yang beranggapan terutamanya melibatkan penduduk sekitar bahawa bencana itu terjadi susulan aktiviti khurafat yang berlaku di kawasan Gunung Jerai. SM
Bencana Gunung Jerai akibat aktiviti khurafat dan pemujaan?
Baca Artikel Menarik :
- Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac
- Bukit Aman minta Najib serah dokumen
- Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO]
- Resepi Sambal Goreng Tempe Garing
- Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined
- Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik
- Doktor terlampau dicekup polis
- Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar
- Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin
- Mereka memfitnah saya menangkis – Najib
- Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.