Kerja Pembersihan Hutan Bukit Tabur Dihentikan – MB Selangor

Kerja Pembersihan Hutan Bukit Tabur Dihentikan – MB Selangor

Aktiviti pembersihan hutan dan pembangunan di Bukit Tabur dihentikan selepas siasatan pihak berkuasa mendapati kerja-kerja tersebut tidak diberi kelulusan.

Perkembangan itu dikongsikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari selepas beberapa gambar aktiviti pembersihan di kawasan tersebut tular di media sosial.

Jelas Amirudin melalui Twitter, semakan lanjut oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Daerah Gombak mendapati aktiviti tersebut tidak mempunyai kelulusan pihak berkuasa.

“Pihak penguatkuasa telah turun ke lokasi tersebut untuk menghentikan aktiviti dan menyita jentera yang terlibat,” ujarnya.
Sumber: PEKA Malaysia
Sumber: PEKA Malaysia

Beliau turut memaklumkan bahawa kerja-kerja tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, Amirudin menjelaskan bahawa penguatkuasaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga terbatas akibat jumlah petugas yang terhad.

“Ramai bangkit soal penguatkuasaan. PBT mempunyai keterbatasan dari segi jumlah penguatkuasa yang terhad dan kini tertumpu kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di premis dan sebagainya,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri mengalu-alukan aduan dari awam dan akan terus meningkatkan tahap penguatkuasaan.

PEKA mempersoalkan kebenaran untuk menjalankan aktiviti pembersihan hutan di tanah tersebut, sedangkan pendaki tidak dibenarkan langsung memasuki kawasan berkenaan.

Sumber Facebook PEKAMALAYSIA

Kerja Pembersihan Hutan Bukit Tabur Dihentikan – MB Selangor


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Taliban sedia jalin hubungan kecuali dengan Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker