Tiada makluman helikopter PDRM ceroboh ruang udara Singapura

Helikopter polis AW 139 Agusta yang didakwa memasuki ruangan udara Singapura Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan telah mengesan sebaran mesej di platform media sosial yang mendakwa helikopter milik mereka mencerobohi ruang udara Singapura hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa terdapat penerbangan helikopter milik mereka di ruang udara berhampiran Singapura.

“Penerbangan helikopter milik PDRM di ruang udara berhampiran Singapura hari ini adalah bagi tujuan penugasan rasmi.

“Sepanjang penugasan berlangsung sehingga kini, PDRM tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa ruang udara Singapura mengenai sebarang insiden penerbangan helikopter tersebut telah memasuki ruang udara Singapura,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, beberapa portal berita antarabangsa dan tempatan melaporkan Singapura telah mengerahkan dua buah jet pejuang F-16 untuk memintas helikopter milik PDRM yang didakwa terbang merentasi Pulau Tekong, Singapura kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Jelas portal berkenaan, jet pejuang berkenaan dilihat mengelilingi Pangkalan Udara Paya Lebar, Singapura pada ketinggian 5,000 kaki.

Pulau Tekong merupakan Pusat Latihan Asas Ketenteraan Singapura (BMTC) di mana lokasi latihan ketenteraan dan khidmat negara Singapura dilakukan

Tiada makluman helikopter PDRM ceroboh ruang udara Singapura


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin begitu terdesak – Khaled

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker