Gulai tempoyak daun kayu buka selera

Gulai tempoyak daun kayu yang menjadi pembuka selera.

Kadangkala teringin juga makan masakan ringkas tapi enak, bukan?

Gulai tempoyak daun kayu antara menu mudah untuk disediakan tapi agak merbahaya kerana boleh menyebabkan bertambah nasi berpinggan-pinggan, apatah lagi jika disajikan bersama ikan masin atau ikan goreng.

Tak ingat dunia! Selamat mencuba resipi Nur Fakhira Mohd. Rosli.

Bahan untuk dihiris: (kuantiti ikut selera)



* Pucuk ubi⁣
* Daun kunyit ⁣
* Daun kadok⁣
* Daun kesum⁣
* 4 tangkai bunga kantan ⁣
* Kacang botol⁣

Bahan lain:
* Segenggam cili api (ikut tahap kepedasan diingini)⁣
* 3 inci kunyit hidup ⁣
* Air secukupnya ⁣
* 1 kilogram (kg) santan segar⁣
* 2-3 cawan tempoyak ⁣
* 2 keping asam keping
* 1 cawan jering (rebus dengan air garam, buang kulit dan hiris)⁣
* 1 cawan petai⁣
* 2 cawan udang kecil (boleh ganti ikan bilis)⁣
* 3-4 batang serai (mayam)⁣
* Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya⁣

Cara-cara:
* Hiris bahan-bahan yang perlu.⁣
* Kisar atau tumbuk cili api dan kunyit hidup. Masukkan dalam periuk dengan sedikit air. Biar mendidih.⁣
* Tambah santan, tempoyak dan serai. Kacau sampai mendidih pekat.⁣
* Tambah jering, asam keping dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau
sebati.⁣
* Masukkan semua bahan hiris dan kacau sehingga semuanya layu.⁣
* Tambah udang dan petai, kacau sebati.
* Kecilkan api, tutup periuk, biar mereneh sampai semua masak sekata. Apabila masak, tutup api.

Gulai tempoyak daun kayu buka selera

 


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Sambal Goreng Tempe Garing

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker